Piagam Pelanggan

  1. Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang di ILJTM selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula (Bahagian Pengurusan Latihan)
  2. Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil/diploma dalam tempoh dua (2) bulan selepas tamat sesi latihan.
  3. Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap. (Cawangan Kewangan)
  4. Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklum balas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  5. Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.