Dasar Keselamatan & Kesihatan

JTM bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya di semua ILJTM bebas daripada apa jua perbuatan atau keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan dan risiko kesihatan selaras dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.

Dasar-dasar Keselamatan dan Kesihatan JTM meliputi pelaksanaan perkara-perkara berikut :

  • Menyedia dan menguruskan tempat kerja, latihan dan penginapan yang selamat serta suasana kerja yang sihat.
  • Memastikan mesin , peralatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
  • Berusaha menghapuskan semua keadaan dan situasi yang dianggap merbahaya.
  • Memastikan semua kakitangan dan pelajar diberi latihan yang secukupnya, merangkumi piawaian keselamatan dan peraturan yang diperlukan, sebelum mereka diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan mesin, peralatan tangan atau apa-apa jua tugas yang berkaitan.
  • Mewujudkan kaedah dan sistem kerja yang selamat untuk dipatuhi oleh semua kakitangan dan pelajar semasa melaksanakan aktiviti kerja.
  • Sentiasa mengutamakan keselamatan dalam semua tugas-tugas yang berkaitan.
  • Mematuhi kehendak Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967.

Mencegah kemalangan dan risiko kesihatan adalah tanggungjawab semua kakitangan dan pelajar. Perlaksanaan amalan Keselamatan dan Kesihatan yang sempurna adalah keperluan yang amat penting bagi kejayaan yang sepenuhnya.

Dengan ini, pihak JTM bertanggungjawab memastikan para pelajar dan kakitangan memahami serta mematuhi dasar-dasar keselamatan dan kesihatan tanpa memansuhkan dasar-dasar lain yang sedia ada.

KETUA PENGARAH
JABATAN TENAGA MANUSIA

HUBUNGI KAMI

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program, perkhidmatan, dan aktiviti.

No. Telefon

Nombor : 082-465100
Faks : 082-465113

Alamat

Lot 249 Blok 14,Sarawak Natural Resource Park, Jalan Datuk Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan Sarawak, Malaysia

Whatsapp

Nombor : 082-465100

Alamat Emel

info.ilpks@jtm.gov.my

Penafian : ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan tidak bertanggungjawab di atas kerosakan yang berlaku pada komputer anda semasa melayari atau menggunakan aplikasi di laman web kami. Paparan terbaik pada pelbagai resolusi menggunakan pelayar web utama dan peranti.

Hakcipta Terpelihara ADTEC KS © 2026