1. Tujuan
Dasar Keselamatan ICT ini diwujudkan bagi memastikan semua aset teknologi maklumat dan komunikasi dilindungi daripada sebarang ancaman, gangguan, penyalahgunaan atau capaian tanpa kebenaran, serta bagi menjamin kerahsiaan, integriti dan ketersediaan data.
2. Skop
Dasar ini terpakai kepada semua pengguna sistem, termasuk pentadbir, kakitangan, pelajar dan pihak berkepentingan yang menggunakan sistem, aplikasi dan infrastruktur ICT.
3. Perlindungan Data
Teknologi keselamatan terkini, termasuk penggunaan enkripsi data, digunakan bagi melindungi semua maklumat yang dikemukakan. Pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat dilaksanakan bagi menghalang sebarang capaian tanpa kebenaran, pencerobohan sistem atau kebocoran maklumat.
4. Keselamatan Storan
Semua data peribadi dan maklumat sistem yang disimpan atau dihantar secara elektronik akan dilindungi menggunakan teknologi keselamatan yang bersesuaian. Langkah-langkah kawalan akses dan pengurusan storan dilaksanakan bagi memastikan data hanya boleh dicapai oleh pihak yang diberi kebenaran.
5. Kawalan Akses
Akses ke sistem dan data adalah terhad kepada pengguna yang sah sahaja. Setiap pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan maklumat log masuk dan sebarang aktiviti yang dilakukan melalui akaun masing-masing.
6. Pengurusan Risiko dan Pemantauan
Pemantauan sistem dilakukan secara berkala bagi mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau tidak dibenarkan. Tindakan pembetulan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran keselamatan.
7. Pematuhan
Semua pengguna dikehendaki mematuhi Dasar Keselamatan ICT ini. Sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
HUBUNGI KAMI
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program, perkhidmatan, dan aktivit.
No. Telefon
Nombor : 082-465100
Faks : 082-465113
Alamat
Lot 249 Blok 14,Sarawak Natural Resource Park, Jalan Datuk Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan Sarawak, Malaysia
Nombor : 082-465100
Alamat Emel
info.ilpks@jtm.gov.my









| DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAK CIPTA | BANTUAN | PETA LAMAN | DATA TERBUKA | FAQ |
Penafian : ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan tidak bertanggungjawab di atas kerosakan yang berlaku pada komputer anda semasa melayari atau menggunakan aplikasi di laman web kami. Paparan terbaik pada pelbagai resolusi menggunakan pelayar web utama dan peranti.
Hakcipta Terpelihara ADTEC KS © 2025