Inovasi
ILPKS
ILP Kota Samarahan telah membangunkan beberapa projek inovasi bagi tujuan penambahan kemahiran pelajar dan kakitangan. Kebanyakan projek tersebut digunakan di Institut sendiri.
Smart Office
Dalam era revolusi digital ini dan dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjayakan pendekatan “Industry Revolution 4.0” (IR 4.0) ke dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET), tercetuslah idea untuk membuat projek inovasi ini yang menggabungkan kapasiti teknologi dan manusia.
Dalam skop yang lebih spesifik, projek ini dihasilkan untuk memudahkan mengendalikan pejabat secara manual dan teknologi terkini. Sebuah pejabat atau bilik mampu dikawal hanya menggunakan suara dan perisian.
Smart Toilet
Menyediakan perkhidmatan tandas yang berkualiti dan sentiasa memberikan keselesaan kepada pengguna
Pemantauan kebersihan tandas secara maya
Kerosakan tandas dapat dikesan dengan cepat
Dapat menganggarkan penggunaan air dari semasa ke semasa.
Memudahkan pencarian bilik tandas yang kosong
Student Tracking System
Mengawal Pergerakan Pelajar Yang Sedang Menjalani Hukuman Supaya Mereka Mematuhi Arahan Yang Diberikan Sepanjang Tempoh Hukuman Mereka
Memudahkan Urusan Pihak Pengajar Untuk Mengesan Keberadaan Pelajar Yang Sedang Menjalani Hukuman
Mengurangkan Kes Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Di ILPKS
MULTIMODE HOME-BASED ELBOW REHABILITATION DEVICE (HER V1.0) FOR
STROKE SURVIVOR
Rehabilitation robot merupakan peranti yang dapat membantu pesakit yang menderita
masalah hemiplegia(kelumpuhan). Pesakit strok atau spinal cord injury(SCI) kebiasannya
menderita dengan masalah penyakit ini. Lazimnya, pesakit ini akan mengalami masalah
pergerakkan yang terhad samaada keseluruhan badan atau anggota badan tertentu seperti tangan atau
kaki kerana otak pesakit tidak dapat berfungsi dengan baik.
IntriKS Smoke Absorber
Merekabentuk alat yang dapat menyedut wasap kerja kimpalan yang mudah alih (portable).
Alat yang mudah diselenggara dan kos penyelenggaraan yang rendah.
Menambahbaik fungsi fume extractor sebagai pembersih udara (air purifier) yang dapat dikawal menggunakan telefon pintar.
Smart Home Monitoring
Untuk memudahkan pemantauan situasi di rumah.
Multipurpose Vise Jaw by ILPKS CNC Machining
“Special Tools” bagi mesin yang digunakan di Bengkel Teknologi CNC bagi memudahkan pengoperasian di mesin tersebut.