Assalamualaikum WBT
Selamat Datang dan Selamat Melayari Laman Sesawang ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan.
Sekalung tahniah dan syabas kepada pasukan Laman Web ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan kerana usaha dan komitmen mewujudkan dan menyelenggara laman sesawang ini.
Jabatan Tenaga Manusia komited dalam melahirkan tenaga mahir negara. Usaha kerajaan untuk meningkatkan tenaga mahir negara merupakan satu cabaran bagi ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan khususnya, serta Jabatan Tenaga Manusia (JTM) amnya. Negara yang berdaya saing tinggi, dirangka dan dilaksanakan secara strategik dan berkesan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET). Sehubungan itu, laman sesawang ini adalah medium untuk menyampaikan maklumat terkini secara online bagi mendekatkan warga ILJTM, pelajar dan pelanggan.
Pengwujudan Wilayah Pembangunan Koridor Sarawak, SCORE, telah merancakkan lagi pembangunan dan kemajuan di Sarawak. Usaha ini telah meningkatkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor demi memastikan modal insan menikmati pendapatan yang tinggi seterusnya peningkatan taraf ekonomi negara.
Sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara secara berterusan, ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan menawarkan kursus-kursus teknikal dan latihan kemahiran untuk belia lepasan sekolah bagi menyediakan modal insan yang berkualiti, berketrampilan dan inovatif diiktiraf oleh industri. Kami juga menawarkan kursus-kursus jangka pendek bagi memberi peluang pekerja-pekerja industri meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui pendekatan “Life-Long Learning”.
Sebagai “RAKAN ANDA DALAM LATIHAN KEMAHIRAN”, ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan sekali lagi melahirkan komitmen kami untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam menyedia dan mempersiapkan modal insan yang berkualiti, trampil serta inovatif bagi pasaran dalam negara mahu pun luar negara.
Wassalam
TS. AZKAR ALBAR BIN ABU BAKAR
Pengarah
HUBUNGI KAMI
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program, perkhidmatan, dan aktiviti.
No. Telefon
Nombor : 082-465100
Faks : 082-465113
Alamat
Lot 249 Blok 14,Sarawak Natural Resource Park, Jalan Datuk Mohd Musa, 94300, Kota Samarahan Sarawak, Malaysia
Nombor : 082-465100
Alamat Emel
info.ilpks@jtm.gov.my









| DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | NOTIS HAK CIPTA | BANTUAN | PETA LAMAN | DATA TERBUKA | FAQ |
Penafian : ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan tidak bertanggungjawab di atas kerosakan yang berlaku pada komputer anda semasa melayari atau menggunakan aplikasi di laman web kami. Paparan terbaik pada pelbagai resolusi menggunakan pelayar web utama dan peranti.
Hakcipta Terpelihara ADTEC KS © 2025