Lawatan Pengarah MPC Wilayah Sarawak ke ILP Kota Samarahan: Membincangkan Kerjasama Berpotensi
Pada 15 Oktober 2024, Pengarah MPC Wilayah Sarawak, Dr. Mazlina Shafi’i, melawat ILP Kota Samarahan dan disambut oleh Pengarah ILPKS, Ts. Azkar Albar Bin Abu Bakar. Lawatan ini bertujuan membincangkan kerjasama berpotensi dalam peningkatan kemahiran tenaga kerja, amalan terbaik produktiviti, serta projek inovasi. Kedua-dua pihak komited merangka pelan tindakan untuk manfaat industri dan ekonomi Sarawak.