
Lawatan Pertauliahan
ILP Kota Samarahan telah menerima lawatan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran Berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (Code of Practice for TVET Programme Accreditation – COPTPA) pada 19 Disember 2024. Lawatan pentauliahan ini telah diketuai oleh Puan Norzaihan Binti Abu Kasim (JPK Sarawak) dan dibantu oleh Ts. Azhar Bin Abdul Rahman serta Encik Mohd Nazri Bin Ismail. Pentauliahan pada kali melibatkan 3 program iaitu:
- Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai [C259-008-3:2022]
- Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-011-3:2011]
- Operasi Fabrikasi Paip (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-010-2:2011 & OG-010-3:2011]
