Menjulang Pendidikan: Ekspo Yayasan Sarawak 2024 di Daerah Samarahan
Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak di Peringkat Daerah Samarahan
Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak, Peringkat Daerah Samarahan telah berlangsung pada 27 Julai 2024 di Dewan Intriks, ILP Kota Samarahan. Acara ini dirasmikan oleh YB Haji Idris Buang, ADUN N16 Muara Tuang.
Selain menawarkan pelbagai maklumat dan peluang berkaitan pendidikan kepada pelajar, ibu bapa, dan pendidik, ekspo ini juga menyaksikan penyampaian sijil kepada pelajar cemerlang daerah Samarahan.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah ILP Kota Samarahan, TS. Azkar Albar bin Abu Bakar.