
Penjenamaan Semua ILPKS
Penjenamaan semula Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan kepada Kolej Teknologi Termaju (KTT) Kampus Kota Samarahan atau Advanced Technology College (ADTEC) selaras dengan fungsi dan objektif institut dalam menyediakan latihan kemahiran berkualiti tinggi. Penjenamaan ini juga memperkukuh imej serta identiti institut, menarik minat pelajar dan rakan industri, meningkatkan daya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa, serta mencerminkan komitmen berterusan terhadap kemajuan teknologi dan keperluan masa depan pekerjaan.