Lawatan KP JTM
27 Oktober 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akaun Amanah (JPAA) ILJTM Zon Borneo Bilangan 2 Tahun 2022 telah secara bersemuka pada (Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat ILP Kota Samarahan.
Mesyuarat dipengerusi oleh YBrs. Encik Shakib Bin Ahmad Shakir, Ketua Pengarah (KP) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan turut dihadiri oleh beberapa urusetia daripada Ibu Pejabat JTM dan Pengarah-Pengarah ILJTM Zon Borneo.
Tuan KP juga telah meluangkan masa untuk melawat bengkel-bengkel latihan, asrama, dewan makan serta kuarters kakitangan untuk melihat sendiri keadaan kemudahan serta suasana latihan di ILPKS .