Program Sinar Harapan Akademik Kerjaya (SHARK) 2023
10 Mei 2023 – Sekitar Program Sinar Harapan Akademik Kerjaya (SHARK) 2023 anjuran SMK Asajaya dan telah diadakan di Dewan Kuliah, SMK Asajaya.
Program yang melibatkan pelajar tingkatan 3 dan 4 serta lepasan SPM bertujuan untuk berkongsi maklumat kepada pelajar berkenaan peluang dan hala tuju dalam bidang kemahiran.
Antara intipati perkongsian kepada pelajar- pelajar adalah berkenaan kursus yang ditawarkan, kemudahan yang disediakan serta peluang kerjaya dalam bidang kemahiran.