![](https://www.ilpks.gov.my/wp-content/uploads/2022/04/png_20220429_162057_0000.png)
Perutusan Hari Raya
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Pada tahun ini ketibaan Syawal akan disambut lebih meriah daripada tahun-tahun sudah. Setelah 2 tahun kita beraya secara sederhana sesama keluarga, kali ini kita berpeluang untuk kembali menziarahi sanak saudara walaupun masih lagi perlu untuk mengikut sop yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Dalam konteks kehidupan seharian di ILPKS, saya berharap para pelajar dan juga kakitangan akan terus mengamalkan sop yang telah ditetapkan semasa kembali ke kampung halaman dan berhati-hati semasa dalam perjalanan balik ke kampong masing -masing. Saya doakan agar semuanya selamat.
Akhir kata, kepada seluruh warga ILPKS, kakitangan Jabatan Tenaga Manusia serta rakyat Malaysia yang beragama islam saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda sudah tentu ada khilaf dan dosa.
Mohon Ampun Zahir Dan Batin – Selamat Hari Raya AidilFitri
Ts. Azkar Albar Bin Abu Bakar
Pengarah
Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan
Sarawak