
Pertandingan Inovasi & TVET Impact 2025 Peringkat Negeri Sarawak
Tarikh: 2 Oktober 2025
Tempat: ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan
Tema: Inovasi ke Arah Kemajuan Komuniti
Institut Latihan Perindustrian Tinggi (ADTEC) Kota Samarahan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak akan menganjurkan Pertandingan Inovasi & TVET Impact 2025 peringkat negeri Sarawak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan pelajar serta memperkasakan bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), selaras dengan usaha membina komuniti yang lebih progresif dan berdaya saing.
Penyertaan Terbuka Kepada:
Pelajar sekolah menengah
Pelajar IPTA, IPTS, ILKA dan ILKS di seluruh Sarawak
Bidang Inovasi:
Mekanikal
Elektrikal
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kategori & Yuran Penyertaan:
Sekolah Menengah: Percuma
IPTA/IPTS/ILKA/ILKS: RM100 sahaja
Hadiah:
Pemenang akan menerima hadiah wang tunai, piala serta pengiktirafan tertinggi di peringkat negeri.
Cara Penyertaan:
Peserta boleh mendaftar melalui pautan berikut:
https://linktr.ee/adtecksimpact
Maklumat Lanjut:
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ts. Nicholas anak Bali – 016-8581824
Pn. Amalina binti Ali Hassan – 014-9900545

