PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI JANUARI 2027
PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI JANUARI 2027
ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan
Permohonan kemasukan pelajar baharu bagi Sesi Januari 2027 kini dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Permohonan adalah melalui Sistem Permohonan TVET Perdana di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Tempoh Permohonan
1 Oktober 2026 hingga 16 November 2026
Program Yang Ditawarkan
ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan menawarkan dua program peringkat sijil bagi pengambilan Sesi Januari 2027:
Teknologi Mekatronik
Program yang memberi pendedahan kepada sistem mekanikal, elektronik, elektrik, kawalan dan automasi yang digunakan dalam teknologi serta industri moden.
Teknologi Automotif Servis
Program yang memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan, diagnosis dan servis kenderaan selaras dengan keperluan industri automotif.
Kemudahan dan Faedah Pelajar
Pelajar yang mengikuti program peringkat sijil menikmati kemudahan berikut:
- Yuran pengajian percuma
- Makan percuma
- Kemudahan asrama percuma
- Elaun bulanan disediakan
Cara Memohon
Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui Sistem Permohonan TVET Perdana:
Pastikan permohonan dilengkapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan mengalu-alukan lepasan SPM yang berminat membina kemahiran teknikal, meningkatkan kebolehpasaran dan mempersiapkan diri untuk kerjaya dalam sektor industri.
Empowering Skills, Igniting Futures
ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia