Lawatan TKP JTM ke Sarawak Metro
Lawatan 2 hari pada 24-25 Januari TKP JTM bersama-sama pengarah ILJTM Sarawak ke Sarawak Metro bagi membincangkan berkenaan dengan peluang kerjasama di antara institut dan Sarawak Metro dalam menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang yang berkaitan terutamanya dalam bidang automotif. Sarawak Metro merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam membangunkan prasarana bagi pengangkutan ART dan juga Bas Hidrogen di Sarawak. Turut dibincangkan adalah berkaitan dengan modul-modul baru selaras dengan keperluan Sarawak Metro terutamanya dalam bidang Teknologi Hidrogen pada pengangkutan awam. Selain itu, pihak Sarawak Metro juga akan membuka peluang bagi pelajar-pelajar ILJTM bagi menjalani latihan industri di tempat mereka.