LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA
5 JULAI 2023- LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA, YB. Ts. MUSTAPHA BIN SAKMUD KE ILP KOTA SAMARAHAN.
Satu lawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Ts. Mustapha Bin Sakmud ke ILP Kota Samarahan. Lawatan bertujuan berjumpa secara bersemuka kakitangan dan pelajar serta meninjau infrastruktur dan fasiliti latihan di ILPKS.
Dalam ucapan khas, beliau menekankan untuk memperkasakan program TVET bagi menghasilkan graduan yang berkualiti dan memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang kemahiran seiring dengan objektif IR 4.0.