
Kursus Welding Qualification Test 6G SMAW
Seramai 43 orang peserta atau 2 kumpulan telah menyertai kursus jangka pendek yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mekanikal dan Pembuatan di Bahagian Teknologi Kimpalan bermula dari 4 – 7 Januari 2023.
Peserta yang menyertai kursus pada kali ini adalah daripada Herema Marine Contractor. Kesemua pengimpal yang menyertai kursus ini mempunyai pengalaman yang amat meluas di dalam bidang kimpalan. Secara tidak langsung ia turut menarik minat para pelajar untuk lebih berusaha serta berjaya di dalam bidang TVET khususnya bidang Teknologi Kimpalan.
Kepada organisasi atau syarikat yang berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut kursus-kursus jangka pendek bagi UPSKILLING ATAU RESKILLING yang ditawarkan oleh pihak ILP KOTA SAMARAHAN sila hubungi kami.