Penilaian Akpans 2025
Terima kasih di atas lawatan para panel dan sekretariat Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 yang terdiri daripada:
1.Puan Dyg. Hjh. Joanita Azizah binti Abg. Hj. Morshidi – Residen, Pejabat Residen Bahagian Kuching, Ketua Panel AKPANS 2025 – Kategori Persekutuan
2.YB Encik Miro anak Simuh – Ahli DUN N.18 Serembu
3.Dr. George Ngui Kwang Sing – Swinburne Innovation Malaysia Sdn. Bhd.
4.Puan Josenthiana anak Manggie – Jabatan Kerja Raya Sarawak
5.Puan Nadia binti Suhaili – Sarawak Information Systems Sdn. Bhd.
6.Abdul Malik Syafuan bin Adam Malek – Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak
ADTEC JTM, Kampus Kota Samarahan berasa amat berbesar hati dan berbangga kerana menjadi salah satu daripada 10 agensi yang layak ke peringkat penilaian akhir. Semoga teguran serta nasihat yang diberikan oleh para panel dapat menjadi panduan berharga dalam usaha meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan demi manfaat masyarakat.
Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) adalah rangka kerja pengiktirafan berprestij untuk perkhidmatan awam yang mengiktiraf dan mengukur prestasi jabatan/agensi kerajaan di Sarawak yang mencapai standard tinggi dalam keberkesanan tadbir urus, operasi, dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan melalui pematuhan terhadap piawaian kriteria tertentu (amalan terbaik).
“Excellence is never an accident. It is the result of high intention, sincere effort, and intelligent execution.” – Aristotle.

















