
PENGIKTIRAFAN PENSIJILAN ISO 9001:2015
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa:
JABATAN TENAGA MANUSIA
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KOTA SAMARAHAN
(Lot 249 Blok 14, Sarawak Natural Resource Park, 94300 Kota Samarahan, Sarawak)
telah berjaya memperolehi Pensijilan ISO 9001:2015 yang dikeluarkan oleh NIOSH Certification Sdn. Bhd. (NIOSHCert) bagi Sistem Pengurusan Kualiti.
Skop Pensijilan:
Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran (TVET) di:
Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI),
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), dan
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Seluruh Negara.
Tarikh Pendaftaran Asal: 4 Disember 2024
Tempoh Sah: 4 Disember 2024 – 3 Disember 2027
Pensijilan ini membuktikan komitmen kami terhadap kualiti dan kecemerlangan dalam penyampaian latihan kemahiran kepada masyarakat.
