ADTEC JTM KAMPUS KOTA SAMARAHAN – SOALAN LAZIM (FAQ)
- Soalan: Bilakah ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan ditubuhkan?
Jawapan: ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan ditubuhkan pada tahun 1999 dan mula beroperasi pada Februari 2001. - Soalan: Apakah agensi pengasas ADTEC?
Jawapan: ADTEC ditubuhkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia. - Soalan: Apakah tujuan ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan melatih pelajar melalui latihan TVET?
Jawapan: Tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir serta meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan pelajar. - Soalan: Apakah kursus yang ditawarkan di ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan?
Jawapan: Kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Mekatronik, Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan, Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Teknologi Elektrik, Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas), Teknologi Pemasangan Paip Minyak & Gas, dan Penjaga Jentera Elektrik. - Soalan: Apakah fasiliti yang disediakan di ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan?
Jawapan: Fasiliti yang disediakan termasuk Makmal Komputer, Wi-Fi, Perpustakaan, Dewan Intriks, Auditorium, Asrama, Dewan Makan, Surau, Kedai Mini Kesoka, Gelanggang Futsal, Sepak Takraw, Tenis, Bola Keranjang, Bola Jaring, Badminton, dan Padang Bola Sepak. - Soalan: Di manakah lokasi ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan?
Jawapan: ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan terletak di Lot 249, Blok 14, Sarawak Natural Resource Park, Kuching-Samarahan Expressway, 94300 Kota Samarahan, Sarawak. - Soalan: Apakah waktu operasi pejabat pentadbiran ADTEC?
Jawapan: Waktu operasi pejabat pentadbiran adalah dari Isnin hingga Jumaat, jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Pejabat ditutup pada hujung minggu dan cuti umum. - Soalan: Apakah misi ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan?
Jawapan: Misi ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan adalah untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing. - Soalan: Apakah objektif ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan?
Jawapan: Objektifnya adalah untuk membantu ke arah penggunaan tenaga manusia yang lebih optimum melalui program latihan perindustrian. - Soalan: Bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan?
Jawapan: Anda boleh menghubungi ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan melalui talian 082-465100, Whatsapp ke 082-465100 atau e-mel info.ilpks@jtm.gov.my. - Soalan: Adakah Wi-Fi disediakan untuk pelajar ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan?
Jawapan: Ya. Kemudahan Wi-Fi disediakan untuk pelajar. - Soalan: Apakah tahap sijil atau kelayakan yang dikeluarkan?
Jawapan: Kelayakan yang ditawarkan termasuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - Soalan: Berapa lamakah tempoh pengajian untuk program Diploma?
Jawapan: Tempoh pengajian adalah antara 2 hingga 3 tahun bergantung kepada jenis kursus dan tahap pengajian, termasuk Latihan Industri. - Soalan: Adakah program yang ditawarkan di ADTEC diiktiraf?
Jawapan: Ya. Program yang ditawarkan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan MQA. - Soalan: Apakah syarat kelayakan untuk memohon masuk ke ADTEC?
Jawapan: Syarat minimum ialah warganegara Malaysia, berumur 17 tahun ke atas, dan memiliki SPM dengan lulus subjek teras tertentu. - Soalan: Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke ADTEC?
Jawapan: Permohonan boleh dibuat melalui portal UPTVET atau laman web rasmi ADTEC. - Soalan: Apakah kemudahan yang disediakan di asrama?
Jawapan: Antara kemudahan yang disediakan ialah tilam, bantal, kerusi, almari, dan meja. - Soalan: Apakah tahap yang terdapat dalam laluan kemahiran Malaysia?
Jawapan: Laluan kemahiran Malaysia terdiri daripada SKM Tahap 1, SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3, diikuti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5. - Soalan: Adakah asrama disediakan untuk semua pelajar?
Jawapan: Ya. Asrama disediakan untuk pelajar sepenuh masa. - Soalan: Bolehkah ibu bapa datang melawat pelajar di asrama?
Jawapan: Ya. Lawatan dibenarkan pada hujung minggu, iaitu Sabtu dan Ahad, serta pada cuti umum di kawasan lawatan yang telah ditetapkan. Pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik asrama. - Soalan: Adakah makanan disediakan secara percuma kepada pelajar?
Jawapan: Ya. Makan dan minum disediakan secara percuma sebanyak 5 kali sehari di Dewan Makan asrama. - Soalan: Bolehkah saya memohon bilik asrama di tingkat bawah atas faktor kesihatan?
Jawapan: Ya. Pelajar boleh mengemukakan surat permohonan berserta pengesahan doktor kepada warden asrama. - Soalan: Apakah kod etika berpakaian di ADTEC?
Jawapan: Semasa kelas teori, pelajar wajib memakai baju kemeja seragam atau korporat ADTEC ataupun pakaian formal. Semasa berada di bengkel, pelajar diwajibkan memakai baju bengkel dan kasut keselamatan. - Soalan: Adakah kursus jangka pendek disediakan?
Jawapan: Ya. Antara kursus jangka pendek yang disediakan ialah:
Introduction to Turning Operation (Beginner Level);
Introduction to Milling Operation (Beginner Level);
Introduction to Grinding Operation (Beginner Level);
Mechanic Fitter;
Basic Arc Welding;
3G SMAW Process (Carbon Steel Plate);
Basic GMAW Process (Carbon Steel Plate);
Basic GTAW Process (Carbon Steel Plate);
6G SMAW Process (Carbon Steel Pipe);
Basic Welding and Structure Fabrication;
Asas Pembuatan Jeriji Besi;
Advance Fabrication Structure Jointing;
Cutting Process Using Oxy-Acetylene;
Steel Flanges and Using Oxy-Acetylene Process;
Basic Pipe Cutting Work Handling;
Basic Car Maintenance and Service;
Brake Car System Rectification Work;
Vehicle Air-Conditioning Rectification Work;
Car Engine Overhaul; dan
Scaffolding. - Soalan: Apakah perbezaan antara ILP dan ADTEC?
Jawapan: ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan merupakan hasil penjenamaan semula dan penaiktarafan daripada Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan yang berkuat kuasa pada tahun 2025. - Soalan: Bilakah tarikh permohonan kemasukan dibuka?
Jawapan: Permohonan kemasukan ke ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan bagi sesi Julai 2026 dibuka dari 1 April 2026 hingga 8 Mei 2026. Permohonan bagi sesi tersebut telah ditutup. - Soalan: Adakah ujian atau temu duga dikenakan sebelum kemasukan?
Jawapan: Secara amnya, tiada ujian bertulis atau temu duga yang ketat dikenakan bagi majoriti kursus di ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan. Kemasukan pelajar baharu biasanya dinilai berdasarkan syarat merit akademik dan kelayakan fizikal yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM). - Soalan: Berapakah yuran pengajian di ADTEC?
Jawapan: Yuran pengajian adalah percuma. - Soalan: Adakah pelajar diberikan elaun bulanan?
Jawapan: Ya. Pelajar diberikan elaun sebanyak RM100 sebulan sepanjang tempoh pengajian dan RM300 sebulan ketika menjalani Latihan Industri. - Soalan: Adakah pelajar wajib tinggal di asrama?
Jawapan: Pelajar diwajibkan sepenuhnya untuk tinggal di asrama - Soalan: Adakah mesin basuh disediakan di asrama?
Jawapan: Tidak. - Soalan: Bolehkah pelajar membawa kenderaan sendiri ke kampus?
Jawapan: Ya. Pelajar ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan dibenarkan membawa kenderaan sendiri ke kampus. Walau bagaimanapun, kebenaran tersebut tertakluk kepada peraturan dan undang-undang institusi.