Saturday, September 04, 2010
Text Size

Akan Datang

1 day, 13 hours, 33 minutes, 23 seconds until:
Cuti Pertengahan Semester (06.09)

mechatronic

Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari sistem hidraulik dan elektro-hidraulik, pneumatik dan elektro pneumatik, Programmable Logic Control (PLC), sistem automasi industri dan perkakas serta perisian komputer industri dan rekabentuk automasi.

Pemasangan Paip Gas

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar membentuk, memasang dan menyelenggara sistem pemasangan paip gas, membaca dan mentafsir blue print,penggunaan alat pemotong tangan dan mesin, menyambung paip gas, menyelenggara sistem paip gas dan pengujian serta pembaikan kebocoran paip gas.

Automatif

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara,memasang komponen kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan.

 

Fabrikasi Logam

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mereka bentuk, memasang dan memperbaiki barangan berangka logam dengan cara mengimpal, memotong, melipat dan menggulung.

 

Kimpalan

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka dan gas, membuat kimpalan logam, membaca simbol dan blue print serta menguji sambungan kimpalan.

 

Pembuat Acuan Dan Alat Pemotong

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mereka bentuk alat dan acuan menggunakan CAD dan mesin CNC untuk membuat alat dan acuan. Menggunakan mesin kuasa pemampat dan alat pengukuran bagi menguji acuan dan alat yang dihasilkan, membina dan membaiki acuan logam, jig dan lekapan. Pendedahan kepada metrologi dan proses rawatan haba.

 

Juruelektrik

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah pemasangan, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa. Mengesan dan membaik pulih kerosakan litar elektrik. Mengawal, menyelenggara alat jana kuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

Pemesinan CNC

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengendali, menyelenggara dan menggunakan mesin-mesin pengeluaran berteknologi tinggi CNC (Computer Numerical Control) bagi menghasilkan produk industri.

 

Temuduga Terbuka

Job Malaysia Point

Job Malaysia Point

Kepada pencari-pencari kerja yang berminat dipelawa untuk memohon kerja melalui Laman Web Jobs Malaysia. Kami menawarkan Jobs Malaysia Point untuk membolehkan pencari-pencari kerja mengisi kekosongan jawatan yang di tawarkan di Laman Web tersebut. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma dan di buka pada setiap hari berkerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Hari Pelanggan

Hari Bertemu Pelanggan

Hari bertemu pelanggan di ILPKS adalah setiap Khamis minggu pertama pada setiap bulan.

Bulan Kemerdekaan

Bulan Ramadhan

Ramadhan Al Mubarak

Untuk pengetahuan bekas pelajar ILPKS, Sijil SKM bagi tahun 2005 - 2007 boleh dituntut di Unit Pengurusan Persijilan bermula sekarang. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus di talian 082-465231 (Cik Suhana).

BENGKEL JURUELEKTRIK - 2/2005 & 2/2006

BENGKEL TEKNOLOGI KOMPUTER - 2/2005 & 2/2006

BENGKEL FABRIKASI LOGAM - 2/2007

BENGKEL KIMPALAN - 2/2007

BENGKEL CNC - 2/2007

BENGKEL TDM - 2/2007

BENGKEL AUTOMASI PERINDUSTRIAN - 2/2006 & 2/2007

5 September 2010 - Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Dato' Maznah Bt. Mazlan sedang menyampaikan kepada sijil kepada salah seorang penerima dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Sumber Manusia di Auditorium Institut Latihan Perindustrian. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Tn Haji Mohd Shariff Bin Hussin dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri En. Mohd Zubir Mohd Basri.

Jadual waktu berbuka puasa untuk tahun 2010 bagi Zon 1 - 8 Sarawak boleh dimuaturun di laman web ini. Jadual ini dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sarawak.

Kempen derma darah akan diadakan di ILPKS pada 17 ogos 2010, bertempat di pusat sumber bermula pukul 9 pagi. Semua dijemput turut menderma. Darah yang anda dermakan mungkin menjadi penyelamat kepada nyawa insan lain.

Start
Prev
1
Page 1 of 8
Banner

Member Login

Survey

Laman Web ILPKS berwajah baru. Apa pendapat anda?

Who's Online

We have 5 guests online

Get Adobe Flash player

Tentang Kami

Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan merupakan salah satu daripada Institusi Latihan Kemahiran Awam yang di tadbir oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Institut ini merupakan milikan sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Maklumat Penafian

Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan tidak bertanggungjawab di atas kerosakan yang berlaku pada komputer anda semasa melayari atau menggunakan aplikasi di laman web kami. Paparan Terbaik Pada Resolusi 1280 x 1024 Ke Atas Dengan Internet Explorer, FireFox & Safari

Hubungi Kami

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KOTA SAMARAHAN
Lot 249, Blok 14, Sarawak Natural Resource Park,
Peti Surat (P) 147,
Jalan Tun Abdul Razak 93457 Kuching Sarawak
Emel : info@ilpks.gov.my
Url : ilpks.gov.my
Tel : 082 465100
Faks : 082 465113 / 114

Site Login