demoalt demoalt demoalt

Aplikasi Android Kami

Untuk memudahkan anda melayari laman web kami melalui Peranti Android anda, anda boleh memuat turun aplikasi ini melalui laman web kami. Cara-caranya ialah :
1. Pada peranti Android anda, sila ke bahagian SETTING.
2. Kemudian klik pada APPLICATIONS.
3. Seterusnya tanda pada UNKNOWN Sources ( Allow Installation of non-Market applications).
4. Klik atau scan QR Code di bawah.
5. Setelah selesai proses di atas dan anda bersedia untuk menggunakan aplikasi ini.

Perhatian!!

PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL & LATIHAN VOKASIONAL (TEVT-POLITEKNIK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI PENGAMBILAN JULAI 2012

Sekiranya anda berminat, anda boleh memohon melalui laman web kemasukan iaitu http://upu.mohe.gov.my . Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut :

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 4, NO. 2, MENARA 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5, 62200 W.P. PUTRAJAYA

NO. TEL : 03 - 8870 6755 / 6766  NO FAKS : 03 - 8870 6864
EMAIL : upu@mohe.gov.my

Untuk keterangan lanjut, anda juga boleh muat turun maklumat permohonan di sini.

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan

Ke arah menjayakan matlamat amalan 5S di ILP Kota Samarahan, Jawatankuasa Promosi 5S akan mengadakan aktiviti Gotong Royong (Sapu dan Susun) pada hari Sabtu 11hb Februari 2012 bermula jam 8.00 pagi - 4.30 ptg di mana semua kakitangan & pelajar ILPKS juga akan terlibat pada hari tersebut.

Semua kakitangan dan peajar-pelajar ILPKS yang beragama Islam, anda dijemput untuk memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M di Surau ILP Kota Samarahan pada 2 Februari 2012 jam 6:30 petang. Dengan kehadiran anda semua, semoga majlis kita ini diberkati dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Harap Maklum.

Page 1 of 25

Kursus Sepenuh Masa Kami

 
Teknologi Pemesinan CNC

TEMPOH PENGAJIAN: 15 bulan

PERSIJILAN:

(i) SKM Tahap 1 & 2
(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) / Sijil Teknologi

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengendali, menyelenggara dan menggunakan mesin-mesin pengeluaran berteknologi tinggi CNC (Computer Numerical Control) bagi menghasilkan produk industri.

Read more...
 
Teknologi Pembuatan (Perkakasan)

TEMPOH PENGAJIAN: 15 bulan

PERSIJILAN:

(i) SKM Tahap 1 & 2
(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) / Sijil Teknologi

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mereka bentuk alat dan acuan menggunakan CAD dan mesin CNC untuk membuat alat dan acuan. Menggunakan mesin kuasa pemampat dan alat pengukuran bagi menguji acuan dan alat yang dihasilkan, membina dan membaiki acuan logam, jig dan lekapan. Pendedahan kepada metrologi dan proses rawatan haba.

Read more...
 
Teknologi Kimpalan (Arka & Gas)

TEMPOH PENGAJIAN: 27 bulan

PERSIJILAN:

(i) SKM Tahap 1,2 & 3
(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) /Sijil Teknologi

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka dan gas, membuat kimpalan logam, membaca simbol dan blue print serta menguji sambungan kimpalan.

Read more...
 
Teknologi Fabrikasi Logam

TEMPOH PENGAJIAN: 15 bulan

PERSIJILAN:

(i) SKM Tahap 1 & 2
(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) / Sijil Teknologi

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mereka bentuk, memasang dan memperbaiki barangan berangka logam dengan cara mengimpal, memotong, melipat dan menggulung.

Read more...
 
Teknologi Automotif

 

TEMPOH PENGAJIAN : 15 Bulan

PERSIJILAN:

(i) SKM Tahap 1 & 2

(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) / Sijil Teknologi

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara,memasang komponen kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan.

Read more...
 
Pemasangan Paip & Gas

TEMPOH PENGAJIAN: 27 bulan

PERSIJILAN:
(i) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP)
(ii) Sijil Teknologi

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar membentuk, memasang dan menyelenggara sistem pemasangan paip gas, membaca dan mentafsir blue print,penggunaan alat pemotong tangan dan mesin, menyambung paip gas, menyelenggara sistem paip gas dan pengujian serta pembaikan kebocoran paip gas.

Read more...
 
Teknologi Elektrik

TEMPOH PENGAJIAN: 24 bulan

PERSIJILAN:

(i) SKM Tahap 1 & 2
(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) / Sijil Teknologi

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah pemasangan, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa. Mengesan dan membaik pulih kerosakan litar elektrik. Mengawal, menyelenggara alat jana kuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).

Read more...
 
Teknologi Mekatronik

TEMPOH PENGAJIAN: 15 bulan

PERSIJILAN:

(i) SKM Tahap 1, 2

(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) / Sijil Teknologi

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari sistem hidraulik dan elektro-hidraulik, pneumatik dan elektro pneumatik, Programmable Logic Control (PLC), sistem automasi industri dan perkakas serta perisian komputer industri dan rekabentuk automasi.

Read more...

Penerbitan Digital

TECHNOSS Kenyalang 1
TECHNOSS Kenyalang 2

Pilihan Bahasa

Capaian Pantas







Total Top:
22%Google Chrome 16.0.912.77
12%Internet Explorer 6.0
10%Internet Explorer 7.0
8%Internet Explorer 8.0
7%FireFox 9.0.1
Hari Ini:40
Semalam:67
Bulan Ini:332
Jumlah Pelawat:12947

Tarikh akhir dikemaskini adalah pada 2 Februari 2012