Selamat Datang Ke ILP Kota Samarahan Sarawak

Articles

Filter
  • Borang Menuntut Sijil

    Borang Menuntut Sijil

  • Permohonan Salinan Transkrip

    Permohonan Salinan Transkrip Akademik[Hilang/Rosak/Permohonan baru]

  • Mohon Salinan Sijil/Rosak

    Permohonan Salinan Sijil [Hilang/Rosak]

  • Majlis Perwakilan Pelajar

    Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

  • Promosi ILPKS

    02-03 Mac 2013

    Karnival Kementerian Pengajian Tinggi Negara (KPT) 'Jom Masuk U' kali Ke -9 Tahun 2013

  • Kursus Jangka Pendek

    Pada 11 hingga 14 Mac 2013 yang lalu, pihak ILP Kota Samarahan telah menganjurkan kursus jangka pendek

  • Lawatan 5S

    Satu rombongan 5S daripada ILPKS telah mengadakan lawatan ke di adakan di Jabatan Tanah dan Ukur Kota Samarahan untuk membuat penandaarasan mengenai amalan 5S di sana.

  • Minggu Saham Amanah Malaysia 2010 – Kuching Sarawak

    ILPKS terlibat secara langsung untuk menjayakan program siaran langsung bersama-sama RTM untuk sepanjang Minggu Saham Amanah Malaysia kali ini.

  • Aktiviti Kembara Sesi 2/2010

    Aktiviti Kembara

    Aktiviti Kembara telah dilangsungkan dengan jayanya pada 10 Julai 2010. Aktiviti ini melibatkan ujian ketahanan mental dan fizikal serta sahsiah diri pelajar-pelajar baru sesi 2/2010, kakitangan ILPKS juga tidak ketinggalan dalam menjayakan aktiviti ini. Jurufoto kami juga sempat merakamkan detik detik terindah yang boleh dijadikan kenangan untuk anda.

  • Lawatan Daripada Menteri

    Sample image

    Lawatan Daripada Menteri Sumber Manusia

  • Pertandingan Dart Anjuran ILPKS

    Pertandingan ini terbuka kepada agensi agensi kerajaan sekitar Kota Samarahan dan Kuching.

  • Permohonan secara online

    Online ApplicationPermohonan secara online boleh dibuat melalui laman web http://www.jtm.gov.my mulai 16 Mac 2010 hingga 12 April 2010.

  • KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI 2/2009

    KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR BAGI KELUARAN 2/2009 KINI BOLEH DISEMAK SECARA ONLINE DI LAMAN WEB JTM. SILA KLIK >> DI SINI << UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN ANDA.

     

     

  • Perhimpunan Bulanan Agensi Persekutuan Sarawak

    ILPKS akan menjadi tuan rumah untuk Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Persekutuan Negeri Sarawak.

  • Mesyuarat Agung Kelab Radio Amatur Sarawak

    ILPKS akan menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Agung Kelab Radio Amatur Sarawak.

  • KURSUS INDUKSI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

    Kursus Induksi Modul Umum Dan Khusus Bil 1/2010 Anjuran Kementerian Sumber Manusia bagi Kumpulan Sokongan II (Gred 17 ke bawah)

  • Lawatan Rasmi Ketua Pengarah JTM

    Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia akan mengadakan lawatan rasmi ke ILP Kota Samarahan pada 3 Mei 2010.

  • TEMUDUGA ADTEC SESI 2/2010

    Temuduga kemasukan ke ADTEC akan diadakan di ILPKS pada 11 Mei 2010 (untuk sesi pertama) dan 17 Mei 2010 (untuk sesi yang kedua. Kepada calon-calon temuduga, sila pastikan dokumen-dokumen yang berkaitan dibawa bersama semasa temuduga tersebut.

  • KEMASUKAN KE SESI 2/2010

    SURAT TAWARAN UNTUK KEMASUKAN KE SESI 2/2010 AKAN MULA DIEDARKAN PADA 17 MEI 2010. BAGI MEREKA YANG BELUM MENERIMA SURAT TAWARAN SEMINGGU SELEPAS TARIKH TERSEBUT, BOLEH MENGHUBUNGI UNIT PENGURUSAN LATIHAN DI TALIAN 082-465144 ATAU HOTLINE 082-465100. HARAP MAKLUM.

  • SELAMAT HARI GAWAI 2010

    INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KOTA SAMARAHAN INGIN MENGUCAPKAN "SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI - GAYU GURU GERAI NYAMAI LANTANG SENANG" KEPADA SEMUA KAKITANGAN, PELAJAR-PELAJAR, PEMBEKAL DAN ORANG RAMAI YANG MENYAMBUT PERAYAAN INI.

  • Pre-Graduation Nite 2010

    'Pre-Graduation Nite' akan diadakan pada 27 May 2010 bertempat di Hotel Kuching Park. Semua pelajar semester akhir dijemput hadir.

  • SIJIL SKM YANG TIDAK DITUNTUT

    PEMBERITAHUAN KEPADA BEKAS PELAJAR ILPKS PADA TAHUN 2005 DAN 2006, KEPADA SESIAPA YANG BELUM LAGI MENUNTUT SIJIL SKM, ANDA BOLEHLAH BERBUAT DEMIKIAN SECEPAT MUNGKIN

  • Konvokesyen ILJTM Wilayah Timur

    Butiran Konvokesyen ILJTM Wilayah Timur adalah seperti berikut :

    Tarikh : 13 November 2010
    Tempat : Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri
    Sesi Keluaran : 2/2009 & 1/2010


    Tahniah dan ucapan Selamat Maju Jaya kepada para pelajar yang berjaya menamatkan Pengajian di ILPKS

  • SUKAN ILJTM WILAYAH TIMUR KALI-5

    Sukan iljtm wilayah timur kali-5 akan diadakan di ilp labuan pada 6-8 ogos 2010. Seramai 50 atlit telah terpilih untuk mewakili ilpks. 20 kakitangan & 30 pelajar. Pergi bersama harapan dan balik membawa pingat.

  • Kempen Derma Darah Ilpks 2010

    Kempen derma darah akan diadakan di ILPKS pada 17 ogos 2010, bertempat di pusat sumber bermula pukul 9 pagi. Semua dijemput turut menderma. Darah yang anda dermakan mungkin menjadi penyelamat kepada nyawa insan lain.

  • Jadual Waktu Berbuka Puasa 2010 Bagi Zon-Zon Di Sarawak

    Jadual waktu berbuka puasa untuk tahun 2010 bagi Zon 1 - 8 Sarawak boleh dimuaturun di laman web ini. Jadual ini dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sarawak.

  • Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang 2009

    5 September 2010 - Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Dato' Maznah Bt. Mazlan sedang menyampaikan kepada sijil kepada salah seorang penerima dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Sumber Manusia di Auditorium Institut Latihan Perindustrian. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Tn Haji Mohd Shariff Bin Hussin dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri En. Mohd Zubir Mohd Basri.

  • Tuntutan Sijil SKM

    Untuk pengetahuan bekas pelajar ILPKS, Sijil SKM bagi tahun 2005 - 2007 boleh dituntut di Unit Pengurusan Persijilan bermula sekarang. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus di talian 082-465231 (Cik Suhana).

    BENGKEL JURUELEKTRIK - 2/2005 & 2/2006

    BENGKEL TEKNOLOGI KOMPUTER - 2/2005 & 2/2006

    BENGKEL FABRIKASI LOGAM - 2/2007

    BENGKEL KIMPALAN - 2/2007

    BENGKEL CNC - 2/2007

    BENGKEL TDM - 2/2007

    BENGKEL AUTOMASI PERINDUSTRIAN - 2/2006 & 2/2007

  • Senarai Graduan Yang Mengikuti Konvokesyen 2010

    Graduan-graduan ILPKS yang akan mengikuti Konvokesyen 2010 di ILP Miri boleh disemak di laman web ini. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, anda boleh berhubung terus dengan Unit Pengurusan latihan / unit Peperiksaan & Persijilan. Surat makluman juga pihak telah mula diedarkan.

  • Pengambilan Pelajar Baru Sesi Januari 2011

    Pengambilan Pelajar Baru Sesi Januari 2011 kini sudah dibuka.

    Permohonan adalah percuma secara talian (ONLINE) di laman web JTM di http://www.jtm.gov.my mulai 6 Sept 2010 (Isnin)

    Tarikh tutup permohonan bagi Sesi Januari 2011 adalah pada 6 Oktober 2010 (Rabu)

    Pemohon juga boleh datangterus ke ILPKS atau institut yang berhampiran dengan anda untuk mendapatkan perkhidmatan secara Online secara percuma.

  • Perhimpunan Bulanan Pelajar (Oktober)

    Perhimpunan pelajar yang di jadualkan pada Isnin 04 Oktober 2010 akan ditunda ke tarikh
    seperti berikut :

    Tarikh : 05 Oktober 2010 (Selasa)
    Masa   : 8.30 pagi
    Agenda
    Ucapan :
    1. Ketua Warden
    2. PPUPL
    3. Pengarah

    Harap maklum.

  • Perhimpunan Bulanan Pelajar (November)

    Perhimpunan pelajar yang di jadualkan pada Isnin 01 November 2010 akan ditunda ke tarikh
    seperti berikut :

    7.45 pagi : Pelajar mengambil tempat dalam barisan
    7.55 pagi : Ketibaan para pegawai & pengajar
    8.00 pagi : Ketibaan Pengarah diiringi Ketua2 Jabatan
    8.01 pagi : Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku & ILPKS Menuju Puncak
    8.10 pagi : Bacaan doa
    8.15 pagi : Perkongsian maklumat oleh Ketua Bahagian / Ketua Jabatan
    Motivasi oleh Pegawai Psikologi
    Ucapan oleh PP (UPP-UKL) - maklumat berkenaan peperiksaan akhir
    Ucapan oleh PP (UPL)
    Ucapan oleh Pengarah

    9.00 pagi  : Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Badminton & Bolasepak

    9.15 pagi  : Majlis bersurai

    Semua PP/KB & Pengajar DIWAJIBKAN hadir.

    Harap maklum.

  • PERHATIAN UNTUK BEKAS GRADUAN ILPKS

    "PERHATIAN UNTUK BEKAS GRADUAN ILPKS YANG TIDAK MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN ILJTM WILAYAH TIMUR DI ILP MIRI PADA 13-15 NOVEMBER 2010 YANG LEPAS.

    ANDA DIKEHENDAKI MENUNTUT SIJIL JURUTEKNIK PERINDUSTRIAN DAN SIJIL TEKNOLOGI DI ILP KOTA SAMARAHAN DALAM TEMPOH 3 BULAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN TERSEBUT ATAUPUN SEBELUM 14 FEBRUARI 2011.

    INI BERTUJUAN UNTUK ANDA MEMERIKSA SEGALA BUTIRAN SIJIL YANG DITERIMA ADALAH TEPAT. SEBARANG PEMBETULAN SIJIL (SALAH NAMA, NO IC DAN KURSUS), BOLEH DILAKUKAN DALAM TEMPOH 3 BULAN YANG DIPERUNTUKKAN.

    SELEPAS DARI TARIKH 15 FEBRUARI 2011, SEBARANG PERMOHONAN UNTUK MEMBETULKAN SIJIL, TIDAK AKAN DILAYAN.

    SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN UNIT PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN ILP KOTA SAMARAHAN."

     

  • PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILJTM BERMULA SESI 2/2011

    Adalah dimaklumkan bahawa bagi Pengambilan Pelajar Baru ke ILJTM sesi 2/2011, permohonan telah dipusatkan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Permohonan telah dibuka mulai 10 Januari 2011. Pemohon perlu membeli no. unik ID / PIN di BSN dengan harga Rm10.60 sebelum mengisi permohonan secara online di http://upu.mohe.gov.my Permohonan menggunakan Borang Sekeping adalah tidak sah lagi. Bagi pemohon yang telah mengisi Borang Sekeping, dikehendaki memohon semula menggunakan saluran seperti dinyatakan di atas. Harap maklum.

  • Pindaan Pertandingan MySkills 2011 - Peringkat Saringan

    Untuk makluman, tarikh saringan pertandingan MySkills 2011 telah dipinda dari 9 Februari kepada 17 Februari 2011.Ini adalah disebabkan oleh perkara berikut :-

    a. Pindaan tarikh tutup permohonan

    b. Kelewatan mengemaskini maklumat peserta

    Terima kasih.

  • MESYUARAT KOORDINASI UPK BIL: 1/2011

    Satu Mesyuarat Koordinasi akan diadakan di Pusat Sumber  pada 18 - 19 Januari 2011. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua wakil dari Unit Pembangunan Kemahiran (UPK) seluruh ILJTM. Kami warga ILPKS mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Bumi Kenyalang ini.

  • Kempen Derma Darah Ilpks 2011

    Satu Kempen Derma Darah akan diadakan di ILPKS pada 25 Januari 2011 yang bertempat di Auditorium ILPKS sejurus sahaja selepas Pilihan Raya MPP. Harap maklum.

  • Kursus Separuh Masa Penjaga Jentera Elektrik

    Bengkel Penjaga Jentera Elektrik  ILP Kota Samarahan akan mengadakan kursus separuh masa untuk tahun 2011. Untuk maklumat lanjut sila muat turun brosur pada laman web ini.

  • Mesyuarat Koordinasi Unit Pembangunan Kemahiran ILJTM

    mesyuarat koordinasi

  • Testing Berita Terkini TV-ILPKS

    Satu bengkel sedang dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Utama ILPKS.

    Bengkel: Bengkel Pembangunan Laman Web

    Tarikh: 21 Februari 2011

    Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

  • Ko-Kurikulum ILPKS 1/2011

    Aktiviti Ko-Kurukulum Pelajar ILPKS bagi sesi 1/2011 telah pun bermula. ILPKS mempunyai 4 Kadet iaitu Kadet Rela, Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM), Kadet Bomba dan Kadet PISPA(JPA 3). Aktiviti kawad bagi setiap Ko-Q diadakan 2 kali sebulan sepanjang semester. Pelajar yang terlibat adalah daripada pelajar Semester 1 dan 2 sahaja.

     

  • MoU Antara ILPKS dan Pusat Latihan Proaktif

    Satu Memorandum Persefahaman akan ditandatangani di antara ILP Kota Samarahan dengan Pusat Latihan Proaktif  pada 24 Februari 2011 jam 2.30 petang di hotel Hilton Kuching.

  • Perhimpunan Bulanan Pelajar

    SALAM SEJAHTERA,

    SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERHIMPUNAN BULANAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH DAN KAKITANGAN AKAN DIADAKAN MENURUT MAKLUMAT BERIKUT:

    TARIKH : 01 MAC 2011
    MASA   : 8.00 PAGI
    TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA

  • Tawaran melanjutkan pengajian ke tahap 4 di ADTEC Batu Pahat dalam bidang Diploma Teknologi Pengeluaran

    Tawaran melanjutkan pengajian ke tahap 4 di ADTEC Batu Pahat dalam bidang Diploma Teknologi Pengeluaran. Khas untuk bekas pelajar Sijil Teknologi Pembuat Acuan dan Alat Pemotong SAHAJA.

    Syarat-syarat :

    1. Mempunyai SKM Tahap 3,
    2. Tamat latihan industri pada sesi 1/2011 atau sebelumnya,
    3. Mempunyai cgpa melebihi 2.00
    4. Dan lulus semua subjek teras dan umum semasa di ILP.

    Dapatkan borang daripada Pn. Olivia Rayeg / En. Reza Hanif / Bahagian Pengurusan Latihan atau anda boleh muat turun di dalam laman web ini.

  • Semakan Online

    Keputusan Pelajar yang layak dianugerahkan Sijil / Diploma bagi keluaran 2/2010 boleh di semak di laman web ini. Sila klik di sini untuk terus ke laman semakan.

  • Keputusan Tawaran Kemasukan Ke ILPKS Bagi Sesi 2/2011

    SURAT TAWARAN UNTUK KEMASUKAN BAGI SESI 2/2011 TELAH DIKELUARKAN. UNTUK MENYEMAK SENARAI BERJAYA SILA HUBUNGI 082-465100 / 465144. TARIKH AKHIR MENGESAHKAN PENERIMAAN TAWARAN ADALAH PADA 24/6/2011. PENDAFTARAN PELAJAR BARU AKAN DIADAKAN PADA 4 JULAI 2011.

     

  • Tawaran memasuki ILPKS

    Perhatian kepada pemegang SPM di luar sana yang LULUS Math @ Sains dan BM. ILPKS kini menawarkan kursus sepenuh masa kepada anda!!  Datang segera (Walk In) ke ILPKS untuk mendaftar. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan, sila klik di ruangan program.

  • Latihan 1 Malaysia

    Program Latihan 1 Malaysia akan menyediakan peluang kepada masyarakat untuk mempelajari pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka terus berdaya saing dan menjana pendapatan lebih baik. Peluang ini terbuka kepada semua masyarakat setempat tanpa mengira umur, bangsa dan kedudukan. Kursus yang di tawarkan adalah PERCUMA.

  • Tawaran Kemasukan Ke ILJTM Kini Dibuka!!!

    Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengikuti latihan kemahiran di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan di 27 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bagi Kemasukan Sesi Januari 2012. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari di laman sesawang Jabatan Tenaga Manusia

  • Kursus RSS & MAC oleh Jabatan Alam Sekitar

    Satu kursus Refrigerant Service Sector (RSS) dan Mobile Air Conditioning (MAC) anjuran ILP Kota Samarahan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar di adakan pada 11-14 November 2011 yang bertempat ILP Kota Samarahan. Peserta kursus ini adalah dikalangan pekerja industri yang yang berkaitan iaitu seramai 19 orang.

  • Pertandingan Mencipta Logo Amalan 5S Di ILPKS

    Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar ILPKS. Untuk keterangan lanjut sila muat turun syarat syarat pertandingan di laman web ini.

  • Bengkel HRMIS Modul LNPT

    Bengkel HRMIS Modul LNPT anjuran ibu pejabat JTM akan di adakan pada 22-23 November 2011 yang bertempat ILP Kota Samarahan. Bengkel ini dihadiri oleh semua wakil daripada ILJTM Wilayah Timur.

  • Mesyuarat J/K Penasihat ILP Kota Samarahan

    Satu Mesyuarat bersama Jawatankuasa Penasihat ILP Kota Samarahan di adakan pada 24 November 2011. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Penasihat ILP Kota Samarahan

    1.   En. Benjamin Lim (Pusat Latihan SESCO)
    2.   Dr. Bernard Tan (Pusat Latihan ProAktif)
    3.   En. Kasvenda bin Kassim (SIRIM)
    4.   Dr. Abdullah bin Yassin (UNIMAS)
    5.   En. August Buma (JTK)
    6.   Cik Tuty binti Bujang (PSMB)
    7.   En. Mohd. Azmi bin Pelah (JPK)
    8.   En. Ng Kam Loong (X-Fab)
    9.   En. Liew Chung Haw (Jimisar)
    10. En. Ling Ee Lung (Tal Precision Engineering)
    11. Dr. Peter Kho Chun Seng (STA)
    12. Puan Zuraidah Mohamed (Hitachi)
    13. En. Zainal Abidin bin Zainudin (Pusat Khidmat (Usahawan))

  • Pelajar yang telah ditawarkan untuk kemasukan bagi sesi 1/2012 sila muaturun lampiran yang berkaitan dengan anda sahaja.

    Syarikat Shin Etsu Polymer (M) Sdn Bhd akan mengadakan temuduga terbuka dan pengambilan pekerja (Teknikal Operator) pada :

    Tarikh : 7.12.2012 ( Rabu )
    Masa : 2pm - 5pm
    Tempat : Job Malaysia Centre, Kuching,
    Sublot 17, Lot 11884, Ground Floor,
    KCLD, jalan Tun Jugah,
    93532 Kuching,
    Sarawak.

    Calon - calon menpunyai kelulusan :
    1) SKM 2 & 3 , 3 & 4 , Diploma :
    Bidang - Mechanical : - Mechatronics, Tool & Die, CNC.
    - Electronics : - Industrial Automation , Industrial Electronics.

    Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus kepada Safri Samsudin seperti yang tertera di bawah :

    Safri Samsudin
    Environment Health Safety Security & ISO Dept
    Shin Etsu Polymer ( Malaysia ) Sdn Bhd,
    Lot 52, Jalan Sapintas 26 / 13,
    Kawasan Perindustrian HICOM,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan,
    Malaysia.
    Tel ( Office ) - ( 603 ) 5191 1161 Ext 333
    Tel ( H/Phone ) - 012 331 8486
    E. Mail : safri@spm.shinpoly.co.jp.

  • Muaturun Lampiran Bagi Calon Yang Berjaya Mengikut Kursus-kursus Yang Telah Ditawarkan.

    Pelajar yang telah ditawarkan untuk kemasukan bagi sesi 1/2012 sila muaturun lampiran yang berkaitan dengan anda sahaja.

  • Kekosongan Jawatan Untuk "Welder"

    Syarikat Cameron Malaysia System Sdn Berhad yang bertempat di Johor Malaysia menawarkan kekosongan jawatan untuk di isi oleh bekas bekas pelajar ILPKS. Untuk maklumat lebih lanjut lagi anda boleh menghubungi pihak CESS ILPKS di talian +6082 465100 atau boleh berhubung terus dengan En. Vincent Ligging (Senior Supervisor - Welding) di talian +607 504 3136 / +6012 7830337 atau fakskan kepada +607 504 3117

  • Kalendar Latihan Sesi 1-2012

    Khas untuk pelajar ILPKS, kalendar latihan bagi sesi 1/2012 boleh diperolehi daripada laman sesawang ini. Untuk keterangan lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL).

  • Lawatan KPDNKK : Perbincangan Perlaksanaan Kedai Rakyat 1 Malaysia

    Rombongan KPDNKK yang diketuai oleh En. Wan Ahmad Uzir B. Hj Wan Sulaiman datang ke ILP Kota Samarahan untuk membincangkan mengenai perlaksanaan jualan barangan 1 Malaysia telah diadakan pada 18 Januari 2012. Antara intipati perbincangan ialah menjual produk 1 Malaysia di kedai Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KKSK),  mewujudkan Menu Rakyat 1 Malaysia (MR1M) dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di ILPKS. Semua ini masih lagi dalam peringkat perbincangan. Selaras dengan hasrat kerajaan ingin mengurangkan beban rakyat ini, sama-sama kita menunggu berita baik ini.

  • Selamat Datang En. Hiroshi Nishimura ke ILP Kota Samarahan

    ILPKS menerima kedatangan Senior Volunteer dari Jepun En. Hiroshi Nishimura yang akan berkhidmat sebagaisenior volunteer di unit CESS ILPKS selama dua tahun bermula pada 18 Januari 2012. Beliau yang tiba bersama isteri beliau Puan Kazuko Nishimura telah membuat kunjungan hormat ke ILP Kota Samarahan pengarah dan Pegawai-Pegawai ILPKS sebelum memulakan tugas beliau di sini.

  • Seminar Zero To Hero

    PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) Cawangan Sarawak akan mengadakan seminar bertajuk Zero To Hero menurut ketetapan berikut:

    Tarikh: 28 Januari 2012 (Sabtu)
    Masa  : 7:30 pagi - 5:00 petang
    Tempat: Auditorium, ILPKS

    Semua pelajar Muslim DIWAJIBKAN untuk hadir dan kehadiran akan diambil.

  • Aplikasi Android ILPKS

    Untuk memudahkan anda melayari laman web kami melalui Peranti Android anda, anda boleh memuat turun aplikasi ini melalui laman web kami. Cara-caranya ialah :
    1. Pada peranti Android anda, sila ke bahagian SETTING.
    2. Kemudian klik pada APPLICATIONS.
    3. Seterusnya tanda pada UNKNOWN Sources ( Allow Installation of non-Market applications).
    4. Klik pada link dibawah untuk muat turun aplikasi ini atau scan saja QR Code kami.
    5. Setelah selesai proses di atas dan anda bersedia untuk menggunakan aplikasi ini.

  • Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M

    Semua kakitangan dan peajar-pelajar ILPKS yang beragama Islam, anda dijemput untuk memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M di Surau ILP Kota Samarahan pada 2 Februari 2012 jam 6:30 petang. Dengan kehadiran anda semua, semoga majlis kita ini diberkati dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Harap Maklum.

  • Gotong Royong (Sapu dan Susun)

    Ke arah menjayakan matlamat amalan 5S di ILP Kota Samarahan, Jawatankuasa Promosi 5S akan mengadakan aktiviti Gotong Royong (Sapu dan Susun) pada hari Sabtu 11hb Februari 2012 bermula jam 8.00 pagi - 4.30 ptg di mana semua kakitangan & pelajar ILPKS juga akan terlibat pada hari tersebut.

  • Majlis Perasmian Logo 5S

    Majlis Pelancaran LOGO 5S telah diadakan pada 13 Januari 2012 di dewan serbaguna ILPKS selaras ke arah mempersijilkan ILPKS sebagai salah satu insititusi ILJTM yang mempunyai pengiktirafan 5S. Majlis ini disaksikan dihadapan ratusan kakitangan dan pelajar ILPKS. Tahniah diucapkan kepada ILPKS. Semoga sasaran pada bulan Jun untuk mendapatkan persijilan ini tercapai.

  • Kemahiran Mampu Memacu Arus Pendidikan Negara

    Persepsi masyarakat yang memandang pencapaian cemerlang dalam akademik, jaminan untuk kehidupan yang lebih cerah, rata-rata masih wujud.

    Masyarakat Malaysia sering mendengar kata-kata seperti ini: "Belajar tinggi-tinggi, hingga ke peringkat Master (Ijazah Sarjana), senang dapat kerja dan bergaji besar!".

    Namun sejauh manakah kebenaran di sebalik kenyataan itu? Adakah bidang akademik satu-satunya pilihan yang ada untuk pelajar Malaysia mendapatkan pengajian tinggi?.

  • Hari Keluarga ILPKS

    Family Day ILPKS akan diadakan pada 3-4 Mac 2012 di Sematan Palm Beach. Bayaran boleh dibuat kepada Encik Abdurahim Mohatar selewat-selewatnya 29 Februari 2012. Jika ada yang hendak menggunakan perkhidmatan bas, boleh dimaklumkan terus kepada En. Abdurahim juga. Masa untuk daftar masuk ialah 2pm 3/3/2012. Sebarang kemusykilan boleh terus merujuk kepada En. Hafiz ataupun En. Zubir.

  • NOTIS SEBUTHARGA NO: ILPKS/300-S04/2012/01

    IKLAN
    NOTIS SEBUTHARGA NO: ILPKS/300-S04/2012/01
    INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA SAMARAHAN
    JABATAN TENAGA MANUSIA
    _________________________________________________________________________________
    Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan(FFO) untuk Pembekalan, Penghantaran Dan Menguji Guna Mesin-Mesin Di Ilp Kota Samarahan", Untuk Institut Latihan Perindustrian,Kota Samarahan.
    Kod Bidang : Kementerian Kewangan 180100
    Pembekal-pembekal yang berminat hendaklah berdaftar dengan system e-perolehan dan semua borang boleh didapati melalui sistem e-perolehan mulai 29.02.2012.
    Borang Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis Nombor Sebutharga:ILPKS/300-S04/2012/01 di atas sampul surat berlakri yang dialamatkan kepada:

  • NOTIS SEBUTHARGA NO: ILPKS/300-S04/2012/01

    IKLAN
    NOTIS SEBUTHARGA NO: ILPKS/300-S04/2012/01
    INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA SAMARAHAN
    JABATAN TENAGA MANUSIA
    _________________________________________________________________________________
    Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan(FFO) untuk Pembekalan, Penghantaran Dan Menguji Guna Mesin-Mesin Di Ilp Kota Samarahan", Untuk Institut Latihan Perindustrian,Kota Samarahan.
    Kod Bidang : Kementerian Kewangan 180100
    Pembekal-pembekal yang berminat hendaklah berdaftar dengan system e-perolehan dan semua borang boleh didapati melalui sistem e-perolehan mulai 29.02.2012.
    Borang Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis Nombor Sebutharga:ILPKS/300-S04/2012/01 di atas sampul surat berlakri yang dialamatkan kepada:

  • Pengambilan Sesi Julai 2012 DIBUKA!!

    Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur 17 hingga 35 tahun untuk mengikuti latihan kemahiran di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan di dua puluh sembilan (29) buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Sila muaturun maklumat pengambilan sekarang.

  • Bengkel Audit 5S

    Bengkel Audit 5S telah diadakan di Pusat Sumber ILPKS pada 3 April 2012. Bengkel ini  dikendalikan penceramah daripada MPC cawangan Sarawak dan melibatkan seramai 35 orang peserta daripada ILJTM Wilayah Timur.

    Bengkel Audit 5S

  • Bengkel Audit 5S

    Bengkel Audit 5S telah diadakan di Pusat Sumber ILPKS pada 3 April 2012. Bengkel ini  dikendalikan penceramah daripada MPC cawangan Sarawak dan melibatkan seramai 35 orang peserta daripada ILJTM Wilayah Timur.

    Bengkel Audit 5S

  • Pra Audit 5S Oleh MPC

    Satu Pra Audit 5S oleh pihak MPC telah dilakukan pada 26 Julai 2012 yang lepas. ILP Kota Samarahan akan diaudit semula bagi audit yang sebenar pada 31 Julai 2012 ini. Semoga ILP Kota Samarahan akan mendapat persijilan 5S pada kali ini.

  • Kalendar Latihan Sesi 2/2012 (pindaan)

    Terdapat beberapa pindaan kalendar bagi Sesi 2/2012 sebelum ini. Sila muat turun sekali lagi untuk mendapatkan kalendar latihan yang terkini. Sila abaikan kalendar latihan yang sebelum ini. Harap maklum.

  • Keputusan Audit 5S Oleh MPC

    Setelah diaudit oleh pihak MPC, ILP Kota Samarahan layak untuk dipersijilkan bagi Amalan 5S. Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja ILPKS dan pelajar-pelajar.

    Keputusan Audit 5S Oleh MPC

     

  • Kenyataan Sebutharga

    Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan(FFO) untuk untuk Kerja-Kerja Membaikpulih Sistem Pencegahan Kebakaran Di Ilp Kota Samarahan untuk Institut Latihan Perindustrian,Kota Samarahan.

    Kod Bidang : Kementerian Kewangan 220401 dan 220402

    Borang dan syarat Sebutharga boleh didapati secara atas talian melalui eperolehan WWW.ePEROLEHAN.GOV.MY. mulai 21.09.2012
    Sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 26.09.2012 pukul 9.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat ILPKS dan kehadiran adalah wajib bagi yang berminat untuk menyertai sebutharga ini.
    Sila bawa sijil asal semasa taklimat diadakan. Salinan sijil tidak akan dibenarkan untuk turut serta dalam menyertai sebutharga.

  • Kemasukan bagi Sesi Januari 2013

    Tawaran kemasukan bagi Sesi Januari 2013 kini sudah dibuka, Bagi yang berminat, anda boleh memohon secara online di www.ilpks.gov.my/online atau boleh datang ke ILP Kota Samarahan untuk mengisi borang permohonan. Tarikh tutup permohonan pada 2 November 2012. Harap maklum.

  • Pertukaran Alamat Emel Rasmi ILPKS

    Adalah dimaklumkan bahawa alamat emel rasmi ilpks telah bertukar kepada info.ilpks@jtm.gov.my. Pertukaran ini berkuatkuasa serta merta. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Harap maklum.

  • Minggu Suai Kenal Sesi 1/2013

    Selamat datang dan tahniah kepada pelajar baru kerana berjaya menamatkan MSK 1/2013 dengan jayanya. Semoga segala program yang dilakukan sepanjang MSK dapat dipraktikkan sewaktu anda berada di ILPKS ini nanti.

  • Malam Jasamu Dikenang

    Pada malam Majlis Jasamu Dikenang (02/02/2013) yang bertemakan putih/ungu, lebih kurang 75 kakitangan ILPKS  termasuk tetamu jemputan yang hadir  bagi meraikan pertukaran Encik Azhari b Ibrahim ke ADTEC Shah Alam dan mengalu-alukan  kedatangan Encik Rahmat Ayop ke ILPKS sebagai pengarah baru ILPKS.

  • Lawatan Penandaarasan PPKS Ke ILPKS

    4 Februari 2013, ILP Kota Samarahan telah menerima pelawat daripada Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS). Lawatan tersebut diadakan untuk melihat susunatur bengkel – bengkel serta mesin dan kemudahan yang ada bagi tujuan penandaarasan untuk pembinaan kampus baru PPKS yang akan dibuka di Mukah nanti. Seramai 9 orang telah menyertai lawatan berkenaan termasuk kontraktor yang dilantik oleh pihak PPKS yang diketuai sendiri oleh Tn Hj Baharuddin Hj Abdullah selaku CEO PPKS disamping membuat kunjungan hormat kepada En Rahmat b Ayop, Pengarah ILP Kota Samarahan yang baru. Semasa lawatan, pelawat telah diberi taklimat ringkas berkenaan dengan ILP Kota Samarahan dan telah dibawa melawat ke bengkel latihan dan fasiliti yang ada.

  • Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Bagi Tahun 2013

    Proses pemilihan MPP bermula dengan menerima pencalonan daripada bahagian. Bagi menghangatkan lagi kempen pilihanraya, sesi perkenalan calon-calon MPP yang seramai 22 orang kepada para pengundi (pelajar ILPKS) diadakan pada 30 Januari 2013, jam 8:30 malam di Auditorium ILPKS. Kehebatan tersendiri calon-calon pilihanraya memancing undi berjaya mencuri hati para penyokong masing-masing.

  • Temuduga Terbuka @ 21.02.13

    We are Hiring! Attention to all the certificate graduate from Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan to attend our coming Walk-In Interview as a Manufacturing Assistant and the details are as follows;

    Date : February 21, 2013 (Thursday)
    T
    ime : 8:00 a.m. - 9:30 a.m.
    Location : HGST Malaysia Sdn Bhd
    Sama Jaya Free Industrial Zone,
    93450 Kuching.

    Please call Dalima / Lucy at 082-591283 / 082-591100 for further information

  • Kursus Utama

    Kursus Kursus utama