Syarat Kemasukan

Pemohon-pemohon mestilah:

1.Warganegara Malaysia
2.Belia Lepasan Sekolah (akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan)
3.Pekerja Industri (perlu ditaja oleh syarikat atau agensi yang berkaitan)
4.Berumur 17 - 30 tahun


Kelayakan Akademik
Lepasan SPM berumur 17 - 30 tahun, lulus Bahasa Melayu, lulus dalam matapelajaran Matematik atau Sains.
Persijilan
1. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 & 3*
2. Sijil Teknologi / Sijil Juruteknik Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
3. Sijil EIU (Unit Merinyu Elektrik, Sarawak)


* Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Cara Memohon
Pengambilan pelajar untuk mengikuti latihan di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dilakukan dua kali setahun iaitu di dalam bulan Januari dan Julai. Calon - calon boleh memohon melalui http://upu.mohe.gov.my

Pemohon perlu membeli nombor ID unik di Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan. No. ID tersebut dijual dengan harga RM10.60 setiap satu.