Majlis Ramah Tamah Aidilfitri
Okt 15th
Bersempena dengan Bulan Syawal ini, rakan-rakan radio telah mengadakan ‘eyeball‘ Majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada 11 Oktober yang bertempat di Dewan Serbaguna ILPKS.Majlis bermula pada pukul 8 malam, agak lewat daripada jadual yang sepatutnya bermula pukul 6 petang disebabkan hujan yang turun begitu lebat pada petangnya.Majlis juga telah dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan daripada Kelab Radio Amatur Sarawak (ARCS) dan juga kakitangan ILPKS sendiri.
Majlis dimulakan oleh Pengacara Majlis, 9W8SYG (Safarina) dengan mengalu-alukan kedatangan semua ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan.Seterusnya ucapan daripada Tuan Pengarah (9W2ZRE) yang menyatakan ucapan terima kasih atas jemputan dan mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan radio ILPKS yang mengadakan majlis seumpama ini.Majlis seterusnya memberi laluan kepada Tuan Haji Mohd Ali (9M8ZQ) memberikan ucapan.Beliau merupakan antara ‘orang kuat’ ARCS dan juga veteran dalam aktiviti radio amatur ini. Akhir sekali, Presiden ARCS, En. Allan Ming (9M8MA) memberikan ucapannya.Dalam ucapannya beliau menyatakan rasa gembiranya atas aktiviti yang dianjurkan ini dan berharap aktiviti seperti ini (eyeball), akan diteruskan.Beliau turut berharap bilangan rakan-rakan radio amatur akan semakin bertambah sekaligus merancakkan aktiviti radio amatur di Sarawak.
Mengakhiri majlis, bacaan doa oleh 9W8MSA (Syahrull) dan seterusnya semua tetamu menikmati juadah yang disediakan.Majlis berakhir lebih kurang jam 10 malam.Sampai berjumpa lagi dalam ‘eyeball‘ yang akan datang.
Lain-lain gambar klik DI SINI
Cherio….. 73
