Mengenai Kami
Aktiviti Radio Amatur di ILPKS bermula awal April 2009 adalah hasil cetusan idea daripada 9W8ZAM (Zamri) yang mencadangkan agar diadakan suatu aktiviti yang membolehkan staf di ILPKS berkongsi minat disamping mencari rakan-rakan baru dalam dunia Radio Amatur. Dari situ timbullah minat dikalangan rakan-rakan lain untuk turut sama menyertainya.
Lanjutan daripada itu rakan-rakan yang mula menunjukkan minat telah menghadiri sesi kelas sebelum menduduki Radio Amateur Examination (RAE) siri 1/2009 pada bulan Jun 2009.Buat permulaan seramai 11 rakan yang terdiri daripada kakitangan ILPKS telah melepasi halangan dan telah menerima Lesen Penguntukan Radas (AA) daripada SKMM dan membolehkan mereka QSO dengan rakan-rakan HAM dari luar.
Sasaran kini adalah memberi pendedahan dan panduan serta menggalakkan seramai mungkin kakitangan untuk turut sama menceburi dunia Radio Amatur.Sebarang makluman atau pertanyaan bolehlah diajukan menerusi e-mel di alamat amateur.radio@ilpks.gov.my
