Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia…..

Blog ini diwujudkan bertujuan bagi warga Ham ILPKS menyiarkan aktiviti-aktiviti semasa dan akan datang memandangkan bilangan warga HAM kini yang semakin bertambah.Sehingga ke saat ini di ILPKS mempunyai 11 station iaitu 9W8ZAM (Zamri), 9W8SYA (Syed Azimin), 9W8PRO (Bistari), 9W8BOS (Shukur), 9W8RED (Ridhwan), 9W8SYG (Safarina), 9W8BRO (Norazilah), 9W8JEF (Jefri), 9W8ZAT (Hafizat), 9W8MSA (Syahrull), 9W8SAF (Saifuddin).Tidak lupa juga kepada Pengarah ILPKS 9W2ZRE (Azhari) yang juga turut memberi galakan kepada kami warga HAM yang baru ini untuk bergiat lebih cergas lagi dalam dunia Radio Amatur.

Kepada rakan-rakan lain yang ingin menduduki RADIO AMATEUR EXAMINATION (RAE) bagi Siri 2/2009 boleh mendapatkan borang dari rakan kita 9W8SYA.Semoga bilangan warga HAM di ILPKS semakin berkembang dan akan bertambah meriah dunia Radio Amatur nanti.

Salam 73.

p/s: Rakan-rakan yang berminat untul menyumbang artikel/berita sila hubungi saya 9W8MSA.