News category
Photos in headlines?
Width
Height
Background Color
Box Background Color
Text Color
Real time news color
Real time news back color
$ov) { if (!get_option($prefix.$ok)) { update_option($prefix.$ok, $ov); } } register_sidebar_widget("Stream news live", "widget_streamnewslive"); register_widget_control("Stream news live", "widget_streamnewslive_control"); } add_action("plugins_loaded", "widget_streamnewslive_init"); ?> Blog Radio Amatur ILPKS

Phonetic Alphabet

NATO Phonetic Alphabet

A – Alpha K – Kilo U – Uniform  0 – Zero
B – Bravo L – Lima V – Victor 1 – Wun (One)
C – Charlie M – Mike W – Whiskey 2 – Two
D – Delta N – November X – X-ray 3 – Tree (Three)
E – Echo O – Oscar Y – Yankee 4 – Fower (Four)
F - Foxtrot P – Papa Z – Zulu 5 – Fife (Five)
G – Golf Q – Quebec   6 – Six
H – Hotel R – Romeo . – decimal (point)  7 - Seven
I – India S – Sierra . – (full) stop 8 – Ait (Eight)
J – Juliet T – Tango   9 – Niner (Nine)

Salam sejahtera

              Phonetic alphabet adalah kata ganti sebutan yang digunakan bagi memudahkan komunikasi diantara stesyen radio yang terdapat di seluruh dunia. Oleh kerana terdapat huruf yang mempunyai nada akhir yang agak sama ini akan menimbulkan kecelaruan dalam proses penerimaan maklumat.  Disebabkan masalah tersebut International Telecomunication Union (ITU)  telah menetepkan Kod Phonetic Alphabet Antarabangsa bagi membolehkan semua stesyen amatur menggunakannya bagi mengelakan kecelaruan.

                Walaubagaimanapun terdapat juga stesyen komunikasi jarak jauh (DX) yang menggunakan Western Phonetic Alphabet kebanyakan ini hanya berlaku pada stenyen antarabangsa dan ada juga stesyen local yang menggunakannya tetapi agak jarang-jarang.

Sekian sahaja untuk kali ini 73…..  de 9w8sya —-. .– —.. … -.– .-

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri

Majlis Ramah Tamah AidilfitriBersempena dengan Bulan Syawal ini, rakan-rakan radio telah mengadakan ‘eyeball‘ Majlis Ramah Tamah Aidilfitri pada 11 Oktober yang bertempat di Dewan Serbaguna ILPKS.Majlis bermula pada pukul 8 malam, agak lewat daripada jadual yang sepatutnya bermula pukul 6 petang disebabkan hujan yang turun begitu lebat pada petangnya.Majlis juga telah dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan daripada Kelab Radio Amatur Sarawak (ARCS) dan juga kakitangan ILPKS sendiri.

Majlis dimulakan oleh Pengacara Majlis, 9W8SYG (Safarina) dengan mengalu-alukan kedatangan semua ke majlis yang julung-julung kalinya diadakan.Seterusnya ucapan daripada Tuan Pengarah (9W2ZRE) yang menyatakan ucapan terima kasih atas jemputan dan mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan radio ILPKS yang mengadakan majlis seumpama ini.Majlis seterusnya memberi laluan kepada Tuan Haji Mohd Ali (9M8ZQ) memberikan ucapan.Beliau merupakan antara ‘orang kuat’ ARCS dan juga veteran dalam aktiviti radio amatur ini. Akhir sekali, Presiden ARCS, En. Allan Ming (9M8MA) memberikan ucapannya.Dalam ucapannya beliau menyatakan rasa gembiranya atas aktiviti yang dianjurkan ini dan berharap aktiviti seperti ini (eyeball), akan diteruskan.Beliau turut berharap bilangan rakan-rakan radio amatur akan semakin bertambah sekaligus merancakkan aktiviti radio amatur di Sarawak.

Mengakhiri majlis, bacaan doa oleh 9W8MSA (Syahrull) dan seterusnya semua tetamu menikmati juadah yang disediakan.Majlis berakhir lebih kurang jam 10 malam.Sampai berjumpa lagi dalam ‘eyeball‘ yang akan datang.

Lain-lain gambar klik DI SINI

Cherio….. 73

Pengenalan Kepada Radio Amatur

Ic2200hRadio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem analog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan “kod Morse”. Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Sumber : Wikipedia untuk maklumat lanjut sila klik pautan berikut http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_amatur

MyCallsign Community Website

Satu laman web telah diwujudkan iaitu http://www.mycallsign.my yang bertujuan menyediakan pangkalan data bagi semua Ham di Malaysia. Jika sebelum ini kita semua telah biasa dengan http:// www.qrz.com, jadi apa kata kita semua warga Ham memberi sokongan atas usaha murni ini.

Jadi saya ingin menyeru pada rakan-rakan semua agar dapat mendaftarkan profil anda di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma, tiada bayaran dikenakan.Sama-samalah kita menyokong usaha ini dan semoga laman ini dapat menjadi rujukan bagi rakan-rakan ham semua.

cherio…
73

(((((Salam Kontak Perdana)))))

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia…..

Blog ini diwujudkan bertujuan bagi warga Ham ILPKS menyiarkan aktiviti-aktiviti semasa dan akan datang memandangkan bilangan warga HAM kini yang semakin bertambah.Sehingga ke saat ini di ILPKS mempunyai 11 station iaitu 9W8ZAM (Zamri), 9W8SYA (Syed Azimin), 9W8PRO (Bistari), 9W8BOS (Shukur), 9W8RED (Ridhwan), 9W8SYG (Safarina), 9W8BRO (Norazilah), 9W8JEF (Jefri), 9W8ZAT (Hafizat), 9W8MSA (Syahrull), 9W8SAF (Saifuddin).Tidak lupa juga kepada Pengarah ILPKS 9W2ZRE (Azhari) yang juga turut memberi galakan kepada kami warga HAM yang baru ini untuk bergiat lebih cergas lagi dalam dunia Radio Amatur.

Kepada rakan-rakan lain yang ingin menduduki RADIO AMATEUR EXAMINATION (RAE) bagi Siri 2/2009 boleh mendapatkan borang dari rakan kita 9W8SYA.Semoga bilangan warga HAM di ILPKS semakin berkembang dan akan bertambah meriah dunia Radio Amatur nanti.

Salam 73.

p/s: Rakan-rakan yang berminat untul menyumbang artikel/berita sila hubungi saya 9W8MSA.

1 visitors online now
1 guests, 0 members
Max visitors today: 2 at 01:51 pm MYT
This month: 2 at 09-01-2010 10:42 am MYT
This year: 6 at 04-06-2010 11:06 pm MYT
All time: 8 at 11-22-2009 10:34 pm MYT